PPTI Online

Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI) menyediakan maklumat keahlian dan kemudahan pengemaskinian maklumat ahli secara dalam talian.

Log Masuk

Persatuan Penduduk Taman Ixora (PPTI)

Tujuan dan Objektif

1. Menyatukan penduduk yang tinggal di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
2. Menjalankan aktiviti-aktiviti sukan, rekreasi, kebajikan dan lain-lain aktiviti yang dapat memberi kebaikan kepada ahli-ahli persatuan.
3. Menjadi penghubung antara penduduk dengan pihak kerajaan, swasta dan pemaju perumahan dalam menyelesaikan masalah berbangkit

Keahlian

1. Keahlian terbuka kepada semua Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang tinggal di Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.
2. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar yuran bayaran masuk dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli persatuan dan berhaklah ia sebagai ahli.

Bayaran Masuk, Yuran dan Bayaran Lain

Bayaran masuk : RM 10 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja).
Yuran tahunan : RM 20 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja).

Hubungi Kami

Ahli Persatuan Taman Ixora boleh memberikan sebarang cadangan dan pandangan untuk menambahbaik pentadbiran, pengurusan dan perancangan aktiviti PPTI melalui emel tamanixora[at]gmail.com